Tuesday, July 18, 2006

Tsunami Siti Nurhaliza & Datuk K

Biasanya, saya tak suka menulis dalam Bahasa Melayu. Agaknya, sebab saya dah lupa kebanyakan ejaan dalam BM. Tapi kali ini saya cuba menulis dalam BM untuk blog ini sebab ia berkaitan dengan apa yang saya menulis.

Dua hari lepas, semasa menonton Pirates Of the Caribbeans 2: Dead Men's Chest pada 9:15PM , senior producer (SP) saya menelepon saya beberapa kali tapi malas nak jawab, sebab tengah syok tengok Johnny Depp berlakon. Tapi filem itu selepas first half dah mula dragging sikit, so I balas balik dengan SMS, kata saya tengah tengok filem. SP saya pun balas dengan SMS yang di forward kepadanya oleh someone called Datuk Khalid Jiwa dan dia ada pengumuman di The Zon On The Park, Jalan Ampang dan kita kena buat siaran langsung.
Saya pun tak terfikir siapa Datuk ini, sebab tak kenal nama kan. So, lepas tengok ending filem (stupid ending, tak sangka dia orang ada cliffhanger) I call balik my SP, itu pun dah hampir 11 malam. Dia terus terangkan, Datuk Khalid Jiwa ini adalah Datuk K yang berkaitan dengan Siti Nurhaliza.

Manager saya pun SMS I, "please see me in the morning at 7:30". Dari itu, dah tahu something big going on.
Esok, terus bangun pukul 6 pagi, sampai kerja at 7 pagi. Jumpa boss GM I, dia kata dia nak buat life cross over untuk satu jam sebab Datuk K nak buat pengumuman pada pukul 12 petang... tepat-tepat pada mula siaran WHI. Tapi, saya pun dah agak mesti tak start on time. Tahu lah, 'Malaysian Time'.
As expected, kita kena drag sampai 12:40, baru press conference start. Agaknya, event ini mesti bersejarah sebab semua orang duduk dalam bilik control panel... sampai CEO, GM pun turun. CEO I pun dah frust sebab tak start on time... show kita pun sepatutnya habis siaran 12:57 so CEO terus call orang-orang Datuk K, belasah dia orang sebab start lambat dan minta dia orang start sekarang jugak!

Finally, kita start the press conference dan nasib baik CEO kita ada buat keputusan untuk extend masa siaran sampai 1:30PM. Sponsor yang datang untuk sponsored segment pun tak sempat masuk. Kesian juga dia orang, datang dari Seremban dan duduk di luar tapi tak boleh masuk. I pun tak tahu macam mana nak cakap dengan dia orang tak boleh on air. Seminit I duduk di luar pintu terfikir nak buat macam mana.

Nasib baik CEO I ada, untuk terang dengan agency dia orang. Mula-mula CEO janji bagi 5 minit time extra untuk ganti lain kali tapi agency itu terus complain tak habis-habis. In the end, CEO saya bagi dia orang 10 minit free. Apa nak buat, CEO yang bagi. Dia orang terus diam... tu lah, dapat free tak payah bayar.

Press Coference (PC) Datuk K dengan Siti pun penuh kecoh. Begitu banyak orang dalam bilik kecil. Sampai kabel camera kita semua pun pecah kena pijak wartawan. Nak tarik kabel baru pun kena marah orang. Gila betul dia orang ini.

Bukan setiap hari boleh mengambil bahagian dalam sejarah, tapi dalam bidang kerja ini, sekali sekala bolehlah kita tengok benda-benda macam ini. Agaknya, banyak orang yang tak puas hati Siti nak kahwin dengan Datuk K. Mesti semua orang terfikir Siti one of the most successful Malaysian woman dan dia boleh pilih mana-mana lelaki tapi agaknya, kenapa dia pilih this guy?Datuk K pun 20 tahun lagi tua dan dia Duda dengan 3 anak. In my opinion, sesiapa Siti Kahwin pun orang tak akan gembira. Mana boleh bidari kahwin kan? Kesian Siti.

Ratings pun agaknya tinggi. Hampir 8 juta manusia tengok siaran ini. This one is the highest ratings untuk program I pernah terbit. So boleh kata, sejarah untuk saya juga lah.

No comments: